MENDAKI BUKIT BOTAK, SELANGOR

by - January 28, 2018

Bukit Botak, Puncak Alam, Selangor.
@ Bukit Cerakah.
Waze : Hiking Trail Bukit Botak Puncak Alam.

Taip ni sambil baring tepek koyok 4 keping kat kepala, lapar tapi takde selera nak makan, jangan laaa demam jangan laaa demaammm. Mata pun dah berat tapi satttt laa nak taip saat hee

Alhamdulillah another experience gained for this week, a few days to end of January.


So, hmm lets see, hiking hari ni, hiking first untuk tahun 2018 lepas panjat tangga Batu Caves. Alhamdulillah, selamat naik dan selamat turun. Gerak pukul 7 pagi dari Petaling Jaya, kumpul kumpul sat, dalam 830pagi terus  shot daki Bukit Botak. Bukit Botak ni antara yang baru lah, masa diorang sebut nama bukit ni pun aku tak pernah dengar, nak search pun tak banyak information lagi. So, sementara rajin ni, biar aku buat satu kasi senang for those yang mencari.

Tinggi Bukit Botak/Bukit Cerakah cuma 214m. Track trail mudah je. Sesuai untuk yang nak bersenam dengan family yang ada anak2 kecik. Nak datang every week pun takde hal. Kawasan ni tak ramai lagi yang tahu dan tak diterokai sepenuhnya lagi, baru nak maju so, Alhamdulillah datang lewat tadi pun parking senang je. Sepanjang laluan dah disediakan tanda arah, takyah risau takut sesat sebab tak banyak lalaun yang mengelirukan pun. Follow je tape caution merah putih tu. Kawasan ni dikelilingi ladang kelapa sawit.

Berapa lama nak sampai puncak? Dari bawah nak sampai hujung (sebab bukit ni dia tak meninggi, tapi memanjang) puncak Bukit Botak, team aku tadi sebabkan banyak berhenti bergambar and ada budak-budak, dalam 2jam jugak la, actually kalau yang dah biasa hiking, sejam pun takde hal.

Permandangan sumpah cantik gila, macam ladang teh kat Cameron. Pagi tadi Alhamdulillah cuaca cantik, naik pukul 830pagi pun cuaca redup redup je, kat atas bukit pulak tu angin sejuk kabus tebal, best gilaa. Oh lagi satu trail ni, ramai jugak yang masuk guna mountain bicycle. Steady jek aku yang nervous tengok diorang break break aihh.

First stop untuk bergambar.

Setengah jam pertama semput sikit.

Setengah jam jalan sampai 1st puncak yang ohsemmm.

Cameron Highland, Selangor

Ni puncak cantik 1st. Nampak laluan kat belakang tu? Haa tu laluan ke puncak kedua.
Dari sini adalah dalam sejam or kurang nak sampai.
Tapi xyah risau. Easy trail. Tak mencanak.

Actually bila naik bukit ni, kita akan tapau dua bukit, Bukit Botak & Bukit Cerakah, tapi aku tak sure mana satu sempadan dia. So, redah je lah. Dari puncak kedua nak sampai base balik, senang sangat, jalan jalan tak sampai sejam dah sampai sebab banyak menurun, aku pun asyik berlari je turun sebab takleh stop. huks.

 Okay ni kawasan kat Puncak ke dua.


 Half of the team ❤



By 1130pagi semua dah sampai kat parking, so kiteorang nak gerak pergi makan and toilet, area sini takde toilet yang dekat so make sure before sampai sebelum nak hiking tu dah membuang siap siap. Aku menyesal tak kencing sesiap, laju turun bukit tadi tak bergambar sangat sebab tak sabar nak pergi toilet hahaha.

Seronoknya makan reramaiii #homesick

Kiteorang singgah makan cendol kat kedai Profesor Cendol, dalam 15 minit dari parking base bukit tadi. Makan tengahari sini sekali. Aku ambik set nasi + sup daging = RM8. Sedaaapp. Daging banyak tak kedekut. Air bayar segelas RM1.20 pastu refill suka hati. Cendol pun sama bayar harga memula, pastu boleh refill cendol biasa sampai muntah. Berbaloi gila.

Seronoknyaaa dapat berpeluh + dapat jamu mata tengok permandangan yang ohsemm.
Ada rezeki nak repeat lagi ❤

Alhamdulillah actually azam aku untuk tahun 2018 salah satu nya ialah tanak mereput on weekend.
For all the opportunities yg aku regretted aku tak grab on 2017, aku nak buat in this year,
Tak dapat semua pun atleast buat lah. And Alhamdulillah, done for January 😀

Till then. Goodnite 🌙

You May Also Like

2 comments

  1. Thanks for the sharing..gonna hike Bukit Botak soon..:)

    ReplyDelete
  2. such a breathtaking view there :D
    Thanks for sharing~

    ReplyDelete

Say Good Words :)