Durian SS2 Petaling Jaya.

by - December 07, 2017


Tulis post ni sambil teringat rasa lemak lemak manis buah durian dalam mulut, bau durian kat hidung perghhh.

It has been almost year (or more?) since i ate durian. Lama gila craving nak makan durian, dua tiga kali musim durian passed tapi still aku tak dapat durian. Tak pandai nak beli sendiri selama ni arwah ayah yg beli. 5 tahun dah ayah takde........

Aku balik kampung aritu memang nakk sangat makan durian, tapi semua cakap durian mahal durian mahal makan kat kuala lumpur je laaa. Tapi hakikatnya diorang ingat aku pandai ke beli durian?

Kene tipu harga pun aku iya kan je nanti.

So, disebabkan aku tak pandai nak beli durian, hahaha and aku rasa harga makan buffet RM50 per head ni sangat berbaloii walaupun yee aku tahu agak mahal, tapi lantaklah aku dah bertahun tak makan durian nii. Kalau kira kilo, dia etak RM25/kilo.

Aku pergi makan dekat Durian SS2 sebab tempat ni just around the corner dari rumah aku. Pekerja dia sangat peramah and service tiptop. Kau datang duduk je, terus dia serve. Aku datang berdua aje.

Seminit lepas duduk, ni hasil dia hamparkan atas meja aku. Terkejut Hahahaha mampu gelak jee.


Yang isi warna kuning kuning tu sedap gila. Tapi yang peliknya hmmm, bila aku mintak topup lagi durian isi yang kuning ni, diorang cakap dah habis. 3x aku mintak. 3x jugak dia cakap dah habis dik tinggal yang isi pucat-pucat tu je. Pastu bila aku tengok orang yang baru masuk nak makan, ade pulak dia bagi yang isi kuning ni. Aku rasa buah durian yang mahal tu diorang terhad kan.

Agak geram lah jugak, tapi takpelah, perut aku pun dah takleh nak sumbat dah.

Okay, mengidam durian dah habis. Tak makan setahun pun takpe dah hiikks ❋

Good Nite!


You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)