Sunday, October 15, 2017

MENDAKI BUKIT SAGA AMPANG

14 October 2017 | Selamat Hari Sukan Negara!

Alhamdulillah, selepas berbulan bulan lamanya gantung kasut from heavy hike, kali ni aku decide nak pakai balik kasut tu. Rasa macam dah banyak lemak, dah lesu dah malas, nak kena recharge balik spirit energy. Sebelum decide, aku Google dulu Bukit Saga ni macam mana level dia. And majority blogger cakap medium track. Aku pun okayy, malam sebelum tu baru isi nama dalam group EJG cakap nak followww, luckyyy sebab diorang pilih tempat yang dalam Selangor je, kalau luar Selangor mungkin dah tak ikut.

6.45 pagi sampai kat Parking Bukit Saga, Ampang. Parking tepi tepi jalan, akan nampak satu Apartment tinggi. Ohh ni ke Bukit Ampanggg yang cantik tuuu. Tenang gilaa tengok permandangan ni Subhanallah.

I should come here again next time.

Start hiking around 745 pagi. Buat warming up sikit and que in line tuk naik. Perghhh gila ramai orangg. Mungkin sebab ni memang riadah track macam Broga, tak payah request permit, so ramai yang datang individually.

Awal awal track terus mencanak. Landai pun sikit je. Lepas setengah jam push, aku dah mental dah, almost give up. Mesti body aku shock hahaha biase ko bermalas malasan ni asal tetiba active pulak ni. Kepala pusing tahap 5minit break 5 minit break. Jantung berdegup teruk sekali dengan otak ngapp ngapp ngapp. Rasa nak landing jee tengah tengah track tu. Berhenti tepi tahan tarik nafas minum air. Dalam kepala duk menyumpah asal la ko pergi setuju nak hiking hahaha. Keep cheering myself up, akuu bolehh akuu boleehh! Alhamdulillah aku terus kan jugak dalam setengah lebih-2 jam sampai kat 1st check point.


Cantik gila kawasan atas, ada hammock, ada buai, ada kerusi meja lengkapp. Rest around 30-45 minit sambil tunggu yang lain. Oh, thanks Wan bagi aku panadol! Tanak makan pun memula, tapi takpelah appreciate others kindness, dia bimbang aku pengsan la tu kihkih.

1st check point. In the end luncai jugak kasut ni kat sini, seb baik sempat turun.

Lepas rest, kiteorang gerak pergi Rumah Pokok. Taktau nama betul dia ape tapi budak-budak ni panggil Rumah Pokok Tiga tingkat. Ada pakcik cina yang bina pondok ni & dia jaga kawasan ni. Tempat dia cantik. Macam dalm taman, ada buai, ada rumah, boleh tidur, ada sinkkk siapp kauuu pondok dia. No worries, boleh naik ramai reramai Inshaallah tak runtuh. Bestnya kalau ada satu pondok cani kat umah kan.


 Tingkat dua Rumah Pondok. Boleh tumpang bermalam!
 Tingkat Satu Rumah Pokok. Ada sink, ada air, ada meja kusi siapp okeh!


Sebelum gerak ke Waterfall, kiteorang break kat Bukit Apek (idk how its spell) tu makan sat isi perut sebab diorang dah tahu kat waterfall takde tempat luas. Alhamdulillah kenyang meriah join dyorg hiking.

Family bonding sangat terasa 💜

Teruskan lagi perjalanan to waterfall, dalam 45 minit. Track dia fuhhhh, dasyat gila haha tapi seb baik menurun. Sapa yang cakap track Bukit Saga ni medium memang respek leeerr. Kalau aku dah bagi rate Hard haha.




Sejukkk gilosss

Lepas sesantai lepak lam sejam, kiteorang slow-slow sesiap tuk bergerak balik. Dari Waterfall nak patah balik pergi Puncak Saga memang hard core. Lutut lipat lebih 45 degree. Dari puncak nak patah balik ke kaki bukit baru lah track menurun. Bila turun ni barulah aku faham cane aku bleh mental time hike datang tadi. Gilaaaa tinggi fuhhh.

Gluuuuupp aiyoyooo mencanak jee sejamm

Overall memang best! Join hiking dengan group EJG memang majority berfamily, so ada yang bawak anak, and majoriti dah umo in range 30-45 tahun. Malu pun hado bila tengok diorang lagi powerr hahahaha. Thanks you friends! I had a great experience!

Till we meet again after kaki dah xsakit ;p


3 comments:

Mia Liana said...

wahhhh... seronoknya.. happy...

psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

C i k R e n e x said...

seronok tgok orang g hiking. teringin nak g tp sedar diri xfit.huhu

Norani Shuhada Blogspot said...

@Cikrenex Aippp. Takde orang lahir terus pandai. Hehe, semua orang learning. Sbb tak fit lah kita kena fit kan. Learn step by step. Letsss!!