Tempat Makan Best Di Melaka

by - July 26, 2017

Hi Assalamualaikum,

Firstly, aku bukan orang Melaka. Tapi pernahlah beberapa kali pergi Melaka. So, updating post ni as a memory & hopefully can help you guys food hunting in Melaka!

🍜1. Breakfast. Roti Canai Kayu Arang.

Disebabkan aku stay kat Selangor, so biasanya gerak pagi dari Selangor, nak breakfast dekat Melaka tu jauh sangat,  so berhenti rnr je breakfast.

Aritu sekali gerak ke Melaka awal2 sebab nak try makan kat kedai ni (urusniaga ; 6.30 pagi - 12 tengah hari) Perghh punyalah ramai gila orang. Full table, haritu pun kena tunggu kejap sampai customers lain abis makan. Mesti korang pelik kan? Roti canai je pun, kat mana-mana tempat ada jual roti canai, tapi yang uniknya kat sini dia pakai dapur arang. Tapi who cares right? asalkan roti canai aku masak dan sedap. Hahaha

Roti canai yang paling femes kat sini roti canai cheese harga dia RM6.00 tak silap aku. Aku order yang ni. Pergh sedaappppp. Satu pun dah kenyang sangat dah. Banyak je aneka juadah lain yang ada, bukan roti canai je, nasik lemak , satay, kuih muih pun banyak.

Tapi sumpah best roti canai cheese tu. Aku nak repeat!

Owner tu suruh try balikkan roti. Dia  tak tahu aku ni anak tokey roti canai jugak. Dari kecik dah rasa pegang sudip ni hahaha. Sebab kan dia so friendly, so aku layan je lah.

🍜  2. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball.

Restoren yang tengah viral sekarang ni. Kedai dia nama memang cina, owner dia cina, aku pun was-was masa 1st time dengar. Tapi dont worry, kedai ni memang dapat pengesahan sijil halal. JJCM and Mad Market Keknis pun dah review sini. Nasi ayam yang dikepal-kepal jadi bulat. Worth la kalau sekali korang nak try. Sedap. Aku bagi 4 bintang. Satu ball nasi tu harga dia 40sen. Kalau korang lapar, 10 rice balls pun dah cukup sangat or moree hahaha. Dia ade variety set of dish. Banyak sangat boleh pilih, udang sotong, ayam dan ikan.

Urus niaga ; 930 AM - 10PM
Thursday tutup.
Address: 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000, Melaka.



A set for adult ; 10 rice balls & a plate of chicken

🍜  3.Coconut Shake Klebang & Batu Berendam.

Ada dua kedai coconut shake yang famous kat Melaka, satu kat Klebang & satu kat Batu Berendam. Aku dah pernah cuba dua-dua. And obviously, nama Klebang lagi dikenali kan? Bagi aku dua dua lebih kurang je rasa dia. Dah nama pun coconut shake kan. Ada pernah try kat lain pergh lagi terangkat. Tapi dah alang-alang sampai Melaka, kita cuba lah.

Dari segi panjang beratur dia, mula-mula aku try yang Batu Berendam, yang dine in boleh tahan penuh jugak satu kedai, yang beratur, tak ramai, so within 5 minutes, aku dah dapat orders aku. Tapi kat Klebang, yang dine in, takyah cakap lah, siap ade guard tolong jaga trafic, parking pun dah nak full, dia punya beratur, hmm terkejut eden, last skali aku g beratur yang booth kat luar je, around 15 minutes jugak tunggu turn sebab sorang-sorang angkat 10 cups. Aku beratur nak beli satu je. Hahaha. Tapi sedap. Dua-dua sedap. So kalau malas beratur, korang boleh try yang Batu berendam aje.

Beratuq untuk Cocount Shake Klebang Hujung Minggu


🍜  4.Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Kedai ni beberapa minit je dari Coconut Shake Klebang, betul-betul tepi jalan. Aku bukan penggemar kuih manis sangat. Kuih keria pun kalau orang bagi free aku jarang sangat ambik haa nampak tak dia punya sombong. hahaha, bukanlah dah memang tak makan kan. Tapi disebabkan aku nak lah jugak try celah mana yang dasyat sangat dia punya viral kuih ni. Pergi punya pergi, ada dua kedai. Dua dua nama kuih keria antarabangsa, tapi satu nama Hajah Rahmah satu nama Haji Jalil. Masa tu kiteorang pun pening nak piloh yang mana. Nasib baik kiteorang dah search bebetul ritu, Haji Jalil punya rasanya yg ori. Ntah-ntah cawangan dia jugak tak?

Masa aku pergi around pukul 1+, tak ramai pun orang, dalam 7 orang tapi elok-elok sampai je turn aku, terus kuih keria abis, ei panas betul, padahal nak beli 9 ketul je pun. Disebabkan dah alang-alang sampai and beratur, kiteorang bersabar je tunggu kuih sampai, around 45 minit jugak lah tunggu. Terkejut aku masa pusing belakang, pergh barisan orang beratur, sikit lagi nak masuk dapur hihihi

Waktu urusniaga :


Tapi memang sedap pun, aku bagi 4 bintang. Satu bintang lagi potong sebab kena tunggu lama namateyyy.
-Aku search, memang ada yang tunggu sampai 3 jam, and service sedikit 'thumbs down'.
Aku pun kena aritu, tanya bebaik berapa minit agaknya aka nak kena tunggu, pastu dia balas, akak cakap awak pergi ambik kerusi,duduk, dengar jelah cakap akak. Dua kali aku tanya dia tak jawab, aku ni dah la nak berjanji jumpa kawan dekat bandar. geram betei -.-




🍜  4.Asam Pedas.

Tak datang Melaka lah kalau tak rasa asam pedas ye? Ye ke gitu? Haha, aku takleh nak bagi suggestion kedai mana sedap, sebab aku baru makan kat dua kedai. Aku boleh list je asam pedas pemes kat Melaka, aku pergi Ahad, mostly banyak kedai tutup.

1. Asam Pedas Claypot.
2. Asam Pedas Pak Man - aku makan sini, dan memang best!!
3. Kari kepala ikan Hajah Rahmah - Niat asal nak pergi sini, tapi sampai sampai dah tutup. hmm
4. Asam Pedas Selera Kampung.
5. Asam Pedas Pasar Borong.



🍜  5.Roti Nan Pak Putra.

Lepas dah breakfast roti canai, lunch Asam Pedas, Keria and Coconut shake tuk makan petang, tempat yang best tuk lepak memalam adalah kedai roti Nan Pak Putra ni. Ada chicken tandori, roti canai, roti cheese nan cam biasa lah, stendet kedai mamak. Aku taknak rating, sebab bagi aku, aku jumpa banyak lagi yang best.  So, kalau nak cari tempat santai malam, mungkin this is one of the place you can choose. Makan kat luar, tempat ni sejuk.

Waktu urusniaga ; 530 petang - 100 pagi (close on alternate Monday)



So list yang bawah ni aku list for the next place aku kena pergi makan bila sampai Melaka!

🍜  6.Mee Besen.

Paling femes in Melaka. Mee & western meals. Nak pergi haritu tapi closed on Monday. Will make sure next pergi kena try. Bersedialah mental siap-siap tuk tunggu giliran serve sebab dengar nya customers boleh tahan ramai.

Waktu Operasi : 3.30 petang - 10.00 malam ( Isnin Cuti )
Lokasi Baru :
Mee Besen Ori Melaka
No.17, Jalan PNDD 1,
Pusat Niaga Durian Daun,
75200 Melaka 
No.Tel : 010-2737895

🍜  7. Taste Better Cream Puff
🍜  8.Cendol Jam Besar.
🍜  9.Cengkerang Shell Out, Kota Laksamana
🍜  10. Medan Ikan Bakar Crystal Bay
🍜  11. Puteri Era Roti John

Tu je lah serba sedikit info dan pengalan yang boleh dishare.
Lapar lah pulak asyik cerita pasal makanan Hurmm hihi



You May Also Like

1 comments

  1. Melaka memang mempunyai banyak tempat makanan yang menarik. Banyak yang sedap untuk makan bagi sekeluarga.

    ReplyDelete

Say Good Words :)