Spirit Up!

by - May 15, 2014

Assalamualaikum.

It's hard to stop a thing that we're addicted to do. yeah, like a drugger....

I hate myself sometime when i'm so into something bad. Something that is not worth to be done, wait or even think. It feel like i've waste a lot of time for something stupid. 

The thing that i've addicted now is very bad. No matter what is it, i must to prevent it. Stay strong. Inna Allahamaama. Moga Allah bersamaku. 

*draft (03022014)

* * *

Continue draft story (13052014)

I cant forget the sin. It feels like stuck in my head. So, bravely I asking my friends about it. Because I wanna know the truth badly.. maaf, niat buat entry ni bukan nak menunjuk baik or watevea tapi harap dapat mentarbiah diri sendiri dan orang lain yang sama kapal dengan aku.










Fuhh. lepas dengar nasihat ni baru rase bersemangat sikit. Syukur sangat2 ade kawan-kawan yang support gini. Aku sayang korang. 

Syarat-syarat taubat : (Copy paste sini)
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Cara melaksanakan solat taubat :
1.  Niat Solat Taubat:
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
5.  Baca Doa Taubat
Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..
MASA
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Jangan malu utk bertaubat. Ni antara kita dengan Allah. Takkan menyesal pun buat. Malah dapat tenangkan hati. Moga Allah tak palingkan kita dari rahmatNya :')


You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)