Note 50

by - June 01, 2013


kereta dibrek. penutup tangki minyak ditekan dari dalam kereta.
berdetak bunyi menandakan penutupnya telah dibuka.

"nak isi minyak berape?" Aku mulakan bicara.

"bagi jelah dulu" Adik segera memintas.

Note 50 yang baru diberi makcik aku tadi bertukar tangan.
Adik aku berjalan ke depan, menyelesaikan urusan penuhkan minyak kereta.

setelah 10 minit urusan selesai, segera aku hidupkan kereta.
Masukkan gear hingga lampu D4 menyala. hand brek ku turunkan.
kaki kanan menekan pedal paling kanan.

Lebihan note 50 tadi dipulangkan.
tinggal sekeping. Dengan separuh terkejut ku menjeling ke tepi.

seperti seolah olah memahami adik aku segera bersuara...


"bak kate pepatah, menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan"


tak puas hati dengan jawapan tu, aku lawan balik.


"hooi. nak seluk pon pakai tangan mu dah la, yang pakai tangan ambe ni mende kes?!"



ggggggrrrrrr~
bertuah punye adik. -..-"


You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)