selami...

by - February 18, 2013


annyeong dan selamat malam petang.

Malam makin larut. dan aku masih bercuti. berada di rumah. seperti biasa untuk tiap-tiap malam, menapak di bilik emak dan tidur dengan mak. tivi aku biarkan terpasang dan tidak endahkan. mata teguh di screen laptop. 


Malam ni hanya habiskan sisa-sisa baki waktu dengan baca dan selami kehidupan orang lain. Aku pun tak ingat dah macam mana aku boleh tersadai kat satu blog ni. lama tau aku tersadai. abis satu entry satu entry aku baca. seronok. tulisan superb. i'm impressed. lama dia jaga blog dia. 08-13. gaya penulisan maintain. segar. dari zaman dia belajar, bercinta, bertunang, kawin, dan ni dah nak masuk dua anak, still seronok untuk dikongsi. aku harap aku pon boleh jaga blog ni macam tu. bukan buat blog nak femes, just seronok bila dapat ingat balik cerita dulu-dulu :)


Manusia ni kadang-kadang selalu mereka tak puas hati. dan selalu jugak iri hati dengan pencapaian orang lain. sampai kan ada yang sanggup menaburkan fitnah dan buat hina. Tapi mereka tak sedar kesusahan kepayahan keperitan seseorang tu nak mendapat apa yang dia nak, Ada yang jenis suka jatuhkan semangat orang lain masa mereka sedang mendaki. mungkin mereka tak faham, hidup bukan macam makan gula-gula getah je, bukan duduk goyang kaki je. berliku-liku pengembaraan nya. 





saya doakan moga semua orang dapat mengecapi kebahagiaan dan impian masing-masing :')

love. 



You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)