Peristiwa di Bank.

by - February 27, 2013


selasa, 26 Feb, 530 petang.

Seusai solat Asar aku bersiap. tudung yang sedia tersangkut di paku kucium. 'wangi lagi ni, sempat lah bawak jalan seround dua lagi..' kulihat wajah di cermin bilik emak. sememangnya cermin di bilik emak akan selalu jadi tumpuan kami anak beranak untuk bersiap dek kerana cerminnya yang besar gedabak siap sehinggakan boleh nampak pori-pori tersumbat seketul-seketul. aku memperbetulkan rupa, bedak kusapu sekali dua. tidak jugak putihnya. Malas nak membuang masa, segera kucapai gugusan kunci dan topi keledar yang berwarna merah di atas meja dengan penuh semangat dan rakusnya.  Langkah diatur. 

Suasana di jalan raya agak tidak tenteram. ''mungkin pakcik dan pakcik dah mula balik kerja..''. Aku saja berbahasa sendirian memecah kebosanan. Apabila jalan raya sedikit lenggang segera kupecut motorsikal yang sudah berubah warnanya menuju ke destinasi utama. 


vrooommm vrommm vroooommm. 


10 minit kemudian. 


keletaq.. keletaq.. keletaq.. ku turunkan gear motor hingga lampu hijau N menyala. tongkat motor ditarik malas dengan hujung kaki. kunci dicabut. perlahan-perlahan aku hayunkan langkah bersama helmet dikepala. tulisan CIMB Bank di cermin pintu kubaca sekali imbas. membuatkan hati bertambah yakin dan bersyukur kerana dapat ke tempat dituju dengan selamat. Dari jauh kulihat watak seseorang yang kurang waras di hadapan entrance. membuatkan aku terpaksa berfikir 35680754215790863 kali sebelum melangkah masuk. Tapi disebabkan niat dihati belum dituruti, terpaksa gagahi badan. 


Pintu kaca CIMB Bank dikuak. Mataku secara automatik meng-x-ray rambang ke arah dalam. 'agak boleh tahan ramai orang. Macam tunggu turn menunggu bantuan duit...'  Segera fikiranku dipositifkan. 'oh, mungkin akhir-akhir bulan ni duit gaji dah masuk...' kemudian aku beratur di barisan mesin atm yang sudah sedia maklum panjang. 


Selepas 10 minit sabar menunggu, akhirnya aku dapat berada di depan sekali. maknanya giliran aku sudah tiba. Kukorek celah-celah lubang dalam purse untuk keluarkan kad Bank Islam yang berwarna putih bercampur merah. tapi hampa, yang ada cuma lesen, kad BSN dan kad pengenalan. tiba-tiba terasa cuak tapi sepantas kilat aku buat-buat cool. sekali lagi kumengeledah purse yang dah koyak lapan,menunggu masa untuk dibuang, 'ade pon!..' Kad Bank Islam kucucuh ke dalam lubang mesin yang leper dan lebar. glup. sekejap saja ia tenggelam di dalam, masuk ke dina yang gelap gelita. kemudian, 6 bijik no pin kumasukkan. segera kutekan tulisan 'PERIKSA BAKI AKAUN' dan 'AKAUN SIMPANAN'. beberapa saat ia memperoses dan akhirnya senyuman manis dibibirku mati tanpa dipaksa. aku terkilan.


kad bank kutarik dari mulut lubang mesin. Aku meninggalkan mesin atm dengan sedikit perasaan kecewa. niat hari ni kuingin gembirakan hati terpaksa dilupakan. malahan sebaliknya pulak yang aku dapat rasakan. setelah beberapa langkah berjalan, akhirnya aku sampai di parkir motor. mulut terasa ingin menyumpah kutahan ketat...


'bilalah aku akan senyum balik bila tengok baki duit dalam akaun aku nanti..' detik hati aku yang suci.


aaarggghhhhh.

hilang harapan. hilang semangat.

makan pasir lah jawabnya awal sem japgi. 


kahkahkaah.


sungguh tidak ku sangka dia menipu ku.


kahkahkah.


Aku pulang dengan wajah yang sugul. 




***************************************





Bukan aku nak bersunggut mahupun lagi mengeluh. dan aku faham inilah lumrah kehidupan. adakala kita sedih dan adakala kita gembira. ok, aku pon tak tahu apa yang aku repekkan. Tapi seriusly aku agak tertekan dengan perbelanjaan aku sekarang. Sepanjang 3 sem aku belajar, sem lepas yakni sem lepas, sem 3 aku paling over budget sekali . habis. lesap. licin. duit ptptn 3500 ringgit yang aku dapat berjaya menjadi mangsa korban aku. Mungkin faktor utama aku duduk luar. nak kena bayar sewa rumah. atau aku yang tak pandai nak balance perbelanjaan. so, aku kalau boleh harap sangat-sangat impian aku untuk sem 4 nanti aku dapat laksanakan. Aku harap sangat impian aku nak beli mende tu berjaya. walaupun aku terpaksa korbankan perbelanjaan untuk makan. eh?  Inshaa Allah dengan izinNya. Moga dipermudahkan urusan olehNya.

dan satu lagi aku harap sangat sangat biasiswa tu berjalan dengan lancar. Besar harapanku. ya Allah..



You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)