LIPAS dan AKU

by - February 19, 2013


tengok tajuk je pon aku rase aku tak payah nak buat mukadimah yang panjang. dalam banyak-banyak cerita, dah macam takde cerita lain aku nak cerita kan. cerite lipas jugak aku baham. well well well, fyi, cerita lipas and me dah sebati. ramai orang dah tau macam mana berkesannya kisah lipas beri kesan dalam hidup aku. 

kalau yang nak tau, aku dengan lipas ni boleh dikategorikan macam tom dengan jerry. aku tom lipas tu jerry. lipas takut aku. eh, betul ke? bukan bukan. salah definisi. aku kena belajar terima reliti. dasar tak sedar diri kan. sebenarnya aku dengan lipas ni boleh diibaratkan doraemon terserempak dengan tikus. kenape eh aku macam ni? kenapa ramai orang takut dengan lipas?


sejarah :
start aku alergik dengan lipas ingat ingat lupa aku zaman budak-budak hingusan aku. waktu tu aku adik beradik masih kecik-kecik. masih bersekolah. so, kiteorang selalu akan tidur sama-sama kat luar bilik berbentangkan tilam empuk. Ade satu malam tu, malam tu baru aku kenal lipas. Lipas tu agresif sangat. dia terbang merata. dia terbang-terbang and last sekali dia inggap atas tangan aku. mase ni aku tak takut lagi. steady je halau lipas balik. tapi tapi lama lepas tu bekas yang lipas  hinggap kat tangan aku menyebabkan kulit aku gatal. mak aku cakap lipas tu dah gigit aku. aku tak tahu lah sahih ke tak. tapi sebabkan malam tu, aku berdendam dengan lipas sampai hari ni, tapi dendam aku lain sikit, aku pulak yang kena takut kat dia -..-"



peristiwa 2 :
kisah dendam aku dengan lipas berlanjutan.
kisah ni memang aku tak boleh lupa. secara kasarnya, rumah aku ade dua bilik air and dua toilet. tapi yang biasa aku guna satu je. sebab satu lagi public user. pernah satu ppagi aku u-uk dekat toilet biasa aku u-uk, tiba-tiba ade sekor lipas kurang ajar tak sedar diri langsung dek untung duduk rumah orang tak bayar sewa, dia pergi naik atas kaki aku selow-selow. dia naik nak merayap. aku ape lagi. dah lah geli-geli gitu kaki dia, melenting lah. terperanjat kau setan lipas. haha, then until then, i never u-uk in that toilet again. yes this is my secret. even aku nak u-uk sekali pon aku akan move to another toilet. kalau aku takut jugak nak pergi toilet tu, aku akan pergi toilet cousin aku sebelah rumah. ni cerita benar. bila ingat balik, malu pon ado. kahkah.



peristiwa 3 :
aku rasa kejadian ni aku takkan lupa sampai bila-bila, dengan izin Allah.
kisah yang sangat tragis. yang membuatkan ke-antian aku dengan lipas bertambah melimpah-limpah ruah. Kisah ni berlaku masa aku darjah 6. malam, lepas aku pulang dari kelas malam. Kebiasaannya lepas aku balik kelas aku akan makan nasi. Kalau mak aku dah tidur, arwah ayah akan temankan aku makan and malam tu aku makan dengan ayah. Aku ambik pinggan nak ambik nasi kat dapur, my dad was walking behind me, and suddenly aku rase geli-geli kat tengkuk aku. 'lipas? it is?' and aku hempas pinggan kat tangan aku tanpa banyak bicara. As expectedly, pinggan itu jatuh dan pecah berderai. aku pandang ayah dengan seribu satu perasaan. takut sebab pecahkan pinggan. hihihi, and ayah spontaneous said : "ayah nampak dah lipas kat baju tadi, saja xnak bagitau sebab takut pinggan tu jatuh, tapi jatuh jugak last skali". hahaha. nasib baik ayah tak marah. superb daddy :)



cukup lah tiga peristiwa aku dengan lipas yang aku rasa aku takkan lupa sampai bila-bila. kalau nak cerita, senanya banyak sangat sangat sangat sangat kisah hidup dan kematian lipas dengan aku. kejam betul lipas dengan aku. ape salah aku wei ? sooooobbss. sampai arini pon aku tak percaya aku still xdapat tandangi kelemahan aku ni. kalau kat rmah ridsect dengan aku pasti bukan sesuatu yang asing.



Aku selalu berangan janganlah anak-anak aku nanti pon takut dengan lipas. peninglah laki aku nak layan. haha, *kalau kawin la kn. in shaa Allah ;)






You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)