MANFAAT ANAK SOLEH BUAT IBUBAPA.

by - November 02, 2012


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. aku rase aku dah bertemu sedikit jawapan untuk soalan-soalan yang menganggu aku selama ni. thanks Allah. dan harap-haraplah kan ni lah kebenarannya. bertambah sedikit kenyakinan di hati. 


Aku yakin dan percaya bagi anak-anak yang mengalami musibah macam aku ni, mungkin ade segelintir yang nak juga tau ilmu ni. so, adelah lebih afdal rasenya aku berkongsi ilmu-ilmu yang dianugerahkan Allah ni. moga dapat manfaat bersama :)
ilmu dipetik dari buku nukilan ust Amaluddin Mohd Napiah, "Tuhan itu Dekat". harap dihalalkan.




PERSOALAN : BAGAIMANA ANAK-ANAK BOLEH MEMBANTU IBUBAPA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ?




. . . Usahlah bersedih andai kita tidak mempunyai darjat di dunia, namun kita wajar bersedih apabila kita kembali kepada Allah SWT sebagai seorang hamba yang miskin pahala, miskin iman dan miskin amal di akhirat kelak. . . .



Antara Penyebab seseorang Beroleh Darjat di Akhirat :


1) Akhlak Mulia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

" sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan solat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang baik."



2) Berilmu.

firman Allah SWT yang bermaksud :

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu dan orang2 yang diberi ilmu penetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat, dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan." (Al-Mujadilah 58:11)



3) Doa dan Istighfar Anak yang Soleh.

sabda Rasulullah SAW :

"sesungguhnya Allah mengangkat darjat hamba yang soleh di dalam syurga." Hamba yang soleh bertanya : 'Ya Tuhanku, dari manakah datangnya semua (kemuliaan dan darjat) ini?' Apa jawab Allah kpda hamba yang soleh lagi bertuah ini ? Firman Allah kepadanya : "semua ini disebabkan anak kamu yang selalu memohon keampunan untuk kamu." 
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Anak Soleh dan Solehah : 

Syukurlah kepada Allah bagi ibubapa yang mempunyai anak yang soleh. Anak solehlah harta dunia akhirat, penyejuk mata dan hati ibu bapa tercinta. Islam mengajar kita bhwa kebaikan dan kesolehan anak-anak akan mendatangkan manfaat kepada kedua ibubapanya semasa mereka hidup mahupun telah meninggal dunia. Pahala mereka mendidik dan membimbing anak mereka di dunia dahulu tidak putus-putus mengalir deras kepada mereka walaupun selepas kematian mereka. Inilah rahmat Allah yang Maha Luas.

Apa saja kebaikan yang si anak buat di dunia ini, maka pasti ibubapanya mendapat saham yakni perkongsian pahala daripada Allah tanpa dikurangkan sedikit pun. oleh itu, jangan sesekali mengharap dan berkata bahawa mendidik kesolehan anak-anak itu tugas yang menjemukan dan memenatkan.

kenapa ibubapa mendapat pahala drpd kesolehan anak-anaknya? apa rasionalnya? jawapannya adalah kerana dari mana datangnya seorang anak jika bukan daripada 'perbuatan' ibubapanya sendiri? Lihatlah betapa berharga dan bernilainya doa serta istighfar anak yang soleh buat kedua ibubapanya. 

bagaimana kita pada hari ini? Apapun kita mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi ibubapa kita? atau apakah telah sekian lama kita tidak mendoakan apa-apa kebaikan juga keampunan Allah buat mereka?

wallahualam. 




entry ni dibuat sebagai hadiah dan sedikit ketenangan buat hati (:


benar, musibah kematian itu satu dugaan yang amat berat. jangan sampai berlaku, kesedihan yang ditanggung seseorang akibat org yang dikasihi, menjadikan diri ini lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah sepertimana diwasiatkan Nabi :

"apabila engkau ditimpa musibah(kematian), maka bacalah (ertinya) : 'yaAllah, berikanlah kepadaku pahala (balasan baik) atas musibah yang menimpa dariku dan berilah pengganti yang lebih baik daripadannya." (Riwayat Ahmad) 







moga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 



You May Also Like

0 comments

Say Good Words :)